Kenapa Itinerary Adalah Kunci Kejayaan Family Trip

Kenapa Itinerary Adalah Kunci Kejayaan Family Trip

Family trip berbeza dari solo travel. Bila travel sorang atau berdua, boleh adjust on the spot. Tapi bila bawa family — ada anak kecil, ada yang tua sikit, ada yang jalan slow — semuanya perlu dirancang lebih teliti.

Itinerary yang baik bukan sekadar senarai tempat yang nak pergi. Ia perlu mengambil kira masa perjalanan, keperluan setiap ahli keluarga dan masa rehat yang cukup.

Kesilapan 1: Terlalu Banyak Destinasi Dalam Sehari

Ini kesilapan paling common. Dalam satu hari, ramai yang plan 7, 8, atau even 10 destinasi.

Cuba kira: kalau setiap tempat ambil masa 1 jam, perjalanan antara tempat 30 minit, makan pun kena kira — dalam sehari tu dah tak cukup masa. Dan itu belum kira anak yang tiba-tiba nak tidur atau minta berhenti ke toilet.

Realistic nya, 3-4 destinasi utama sehari sudah lebih dari cukup untuk family trip yang enjoyable.

Kesilapan 2: Tak Kira Masa Perjalanan

Di Jepun, jarak antara dua tempat yang nampak dekat di map boleh ambil masa 45 minit hingga 1 setengah jam naik train, jalan kaki dan tukar line.

Kalau tak kira masa perjalanan ni dalam itinerary, semua jadual akan jadi kelam-kabut.

Kesilapan 3: Tiada Buffer Time

Anak nak makan? Buffer time. Baju terkena air? Buffer time. Kena queue panjang nak masuk tempat pelancongan? Buffer time.

Tanpa buffer time dalam jadual, satu kejadian kecil je boleh rosak keseluruhan plan untuk hari tu.

Kesilapan 4: Itinerary Sama Untuk Semua Anggota Keluarga

Museum seni mungkin seronok untuk parents tapi boring untuk anak 5 tahun. Hiking ke bukit mungkin ok untuk yang muda tapi tak sesuai untuk grandparents.

Itinerary family trip yang baik perlu ada keseimbangan — ada aktiviti untuk semua, bukan hanya untuk satu dua orang sahaja.

Cara Buat Itinerary Family Trip jepun Yang Betul

Cuba ikut formula ni: 3 destinasi utama sehari, satu waktu tengahari untuk rehat dan makan dengan tenang, dan satu aktiviti santai petang sebelum balik hotel.

Pilih destinasi yang dekat antara satu sama lain untuk kurangkan masa perjalanan. Dan sentiasa ada Plan B kalau cuaca tak baik atau tempat tutup mengejut.

Biar PTJ Travel Rancangkan Itinerary Terbaik Untuk Anda

PTJ Travel ada pengalaman merancang family trip ke Jepun untuk keluarga Malaysia. Kami tahu tempat mana seronok untuk anak-anak, mana yang sesuai untuk orang tua dan mana yang best untuk semua.

Hubungi kami sekarang dan dapatkan itinerary family trip jepun yang perfect untuk keluarga anda!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *