Berikut adalah beberapa tips travel dengan anak yang dipraktikkan oleh pelanggan-pelanggan kami untuk mengekalkan ketenangan sepanjang travel jepun dengan anak.
Kenapa Pengangkutan Awam Bukan Kawan Baik Anak Kecil?
Suasana yang sesak dan bising ini amat merimaskan bagi seorang bayi atau kanak-kanak. Mereka akan mula merasa rimas, takut, dan akhirnya mengekspresikannya melalui tangisan yang kuat. Ditambah pula dengan ketiadaan ruang untuk mereka baring dengan selesa, anak-anak akan menjadi terlalu penat (overtired) dan sukar ditenangkan.
Menjadikan Kenderaan Persendirian Sebagai “Rumah Kedua”
Di sinilah pentingnya peranan perkhidmatan private trip. Bila anda menyewa van persendirian bersama PTJ Travel, kenderaan tersebut secara automatik berfungsi sebagai “rumah bergerak” untuk keluarga anda. Antara kelebihannya termasuklah:
- Waktu Tidur yang Terjaga: Anak boleh tidur dengan lena di atas kerusi van yang luas dan selesa sebaik sahaja mereka penat berjalan di tempat tarikan.
- Kemudahan Pengurusan Bayi: Ibu bapa boleh menukar lampin, menyusukan bayi, atau menukar pakaian anak dengan tenang di dalam van tanpa perlu berpusing-pusing mencari bilik penyusuan (nursing room) di stesen awam yang adakalanya sangat terhad.
- Ketenangan Mental Ibu Bapa: Anda tidak perlu stres memikirkan pandangan orang sekeliling jika anak menangis, kerana anda berada di dalam ruang peribadi keluarga anda sendiri.
Mengutamakan keselesaan anak bermakna anda juga sedang menyelamatkan emosi percutian anda sendiri. Rancanglah dengan bijak demi senyuman mereka.


