Jepun adalah negara yang tersusun dan selamat. Tapi sistem di sana memang berbeza dari negara lain. Bahasa Jepun, tulisan kanji, sistem kereta api yang kompleks, dan budaya yang unik — semua ini perlu anda faham sekurang-kurangnya sedikit sebelum sampai sana.
First timer yang datang tanpa persiapan ke jepun yang cukup biasanya akan rasa tertekan, terutama pada hari pertama.
Masalah 1: Terlalu Banyak Maklumat Di Internet
Bila anda Google “persiapan ke jepun”, dalam masa 5 minit anda akan jumpa beratus artikel, video YouTube dan TikTok — semua cakap benda berbeza.
Blog A kata beli JR Pass, Blog B kata tak payah dan Blog C kata beli IC Card cukup. Mana satu nak ikut?
Kekeliruan maklumat ni yang selalu buat first timer rasa pening kepala sebelum sempat beli tiket flight lagi.
Masalah 2: Sistem Train Yang Mengelirukan
Sistem pengangkutan awam Jepun adalah antara yang terbaik di dunia — tapi juga antara yang paling mengelirukan untuk orang baru.
Ada JR Pass, ada Tokyo Metro Pass, ada IC Card, ada Shinkansen. Setiap satu ada kegunaan berbeza, harga berbeza dan tempat beli berbeza.
Kalau silap pilih, boleh rugi duit. Kalau tak faham cara guna, boleh tersesat di stesen.
Masalah 3: Tak Tahu Buat Itinerary Yang Realistic
Ramai first timer over-excited bila plan trip. Dalam sehari boleh ada 8-10 destinasi. Tapi hakikatnya, perjalanan antara tempat di Jepun ambil masa. Tambah dengan queue, makan, berehat — sehari tu sebenarnya hanya cukup untuk 3-4 tempat sahaja kalau nak enjoy betul-betul.
Bila itinerary terlalu padat, trip jadi misi mengejar masa bukan percutian.
Masalah 4: Risau Pasal Halal Food
Untuk pelancong Muslim Malaysia, ini satu kebimbangan yang nyata. Bukan semua restoran di Jepun ada pilihan halal atau Muslim-friendly. Kalau tak tahu tempat yang sesuai, boleh jadi kelam-kabut cari makanan setiap kali lapar.
Penyelesaian: Pergi Dengan Panduan Yang Faham Keperluan Anda
PTJ Travel hadir untuk selesaikan semua masalah ni. Kami rancangkan itinerary yang realistic, kenalpasti restoran Muslim-friendly, uruskan pengangkutan dan pastikan anda boleh enjoy Jepun tanpa stress.
Anda hanya perlu sampai sana dan nikmati perjalanan.
Hubungi kami sekarang untuk konsultasi percuma dan dapatkan pakej private tour Muslim-friendly ke Jepun yang sesuai untuk anda dan keluarga.


