Ramai orang terus pangkah niat nak ambil private trip ke Jepun sebab mereka dah set minda, “Eh, benda ni untuk orang kaya je, mesti mahal!” Tanggapan ini sebenarnya salah. Bila sebut sahaja percutian persendirian dengan kenderaan khas, kita sering membayangkan perbelanjaan mewah.
Tapi betul ke harganya sampai boleh buat poket bocor? Mari kita bedah kos sebenar ini secara terperinci.
Pengiraan Kos “Per Kepala” yang Ramai Terlepas Pandang
Bila anda travel berkeluarga seramai 6 hingga 10 orang, pengiraan kos tidak boleh dilihat secara pukal, sebaliknya kena dilihat secara “per kepala”. Di sinilah rahsianya kenapa harga sewa van jepun sebenarnya menjadi sangat jimat bila dibahagikan secara sama rata kepada setiap ahli.
Cuba bayangkan situasi kalau anda naik pengangkutan awam. Anda tetap kena beli tiket train biasa, pas transit wilayah,untuk setiap seorang ahli keluarga. Kos tiket public transport di Jepun bukanlah murah dan ia dikira secara individu tanpa ada diskaun kumpulan kecil. Malah, kalau tersilap jalur transit, kosnya boleh jadi berganda dalam sekelip mata.
Berbeza dengan van persendirian, dibayar satu harga pukal untuk kenderaan, kos minyak, caj tol, dan upah pemandu untuk sepanjang hari. Bila jumlah ini dibahagikan kepada 8 orang ahli, kosnya menyamai atau lebih sedikit sahaja daripada kos anda membeli tiket pengangkutan awam berasingan untuk setiap orang.
Nilai Masa dan Tenaga yang Anda Dapat
Masa itu emas, lebih-lebih lagi bila anda bercuti di luar negara dengan tempoh hari yang terhad.
- Masa yang Dijimatkan: Anda tidak perlu membazirkan masa berharga antara 1 hingga 2 jam setiap hari hanya untuk sesat mencari jalan, menunggu jadual train, atau beratur membeli tiket di stesen.
- Tenaga dan Kebajikan Ahli Keluarga: Mak ayah yang sudah berusia tidak perlu mengerah kudrat mendaki tangga stesen, manakala emosi anak-anak kecil terjaga kerana boleh berehat sepanjang perjalanan di dalam van.
- Keselesaan Mutlak Tanpa Beban: Beg baju yang berat dan longgokan barang hasil shopping sentiasa selamat di dalam van. Anda boleh berjalan ke mana sahaja dengan tangan kosong tanpa perlu menyewa loker simpanan di stesen.
Jadi, adakah ia semahal yang anda sangka?


