
Ikon Klasik yang Tetap Memukau Hati Pelancong
Walaupun Tokyo kini ada banyak bangunan tinggi dan moden.Satu struktur yang tetap memegang tempat istimewa di hati rakyat Jepun dan pelancong adalah Tokyo Tower. Menara merah-putih yang gah ini telah menjadi simbol bandar sejak lebih 65 tahun lalu!
Sejarah dan Latar Belakang
Dibina pada tahun 1958 sebagai menara komunikasi, dengan reka bentuk yang terinspirasi daripada Menara Eiffel di Paris. Pada masa pembinaannya, ia adalah struktur tertinggi di Jepun pada ketika itu. Walaupun fungsi komunikasinya kini telah diambil alih oleh Tokyo Skytree yang lebih moden. Tokyo Tower kekal sebagai simbol nostalgia dan kebangkitan ekonomi Jepun selepas perang.
Apa yang Boleh Dilihat di Tokyo Tower?
Mempunyai dua observation deck utama. Main Deck terletak pada ketinggian 150 meter. Manakala Top Deck pula berada pada ketinggian 250 meter dengan pemandangan yang lebih luas. Dari atas, anda boleh lihat bandar Tokyo yang terbentang luas, dan pada hari yang cerah, malah Gunung Fuji kelihatan dari kejauhan! Waktu malam pula, lampu bandar yang berkelip-kelip memberikan suasana yang sangat romantik.
Harga Tiket dan Waktu Operasi
Tiket Main Deck untuk dewasa sekitar 1,200 yen, manakala pakej yang merangkumi Top Deck sekitar 3,000 yen. Tokyo Tower biasanya dibuka dari pukul 9 pagi hingga 11 malam, menjadikannya salah satu tarikan yang fleksibel untuk dilawati pada bila-bila masa sepanjang hari.
Waktu terbaik
Untuk pengalaman terbaik, datang waktu senja – anda boleh saksikan pemandangan siang bertukar kepada lampu bandar yang berkelip pada waktu malam, semuanya dalam satu lawatan! Elakkan hujung minggu dan cuti umum jika nak elak kesesakan pelancong.
Tips untuk Pelancong Muslim di Tokyo Tower
Kawasan sekitar mempunyai beberapa pilihan makanan, walaupun pilihan halal agak terhad. Disyorkan untuk makan dahulu sebelum ke sana atau bawa bekal ringan. Lawatan ke menara biasanya mengambil masa 1–2 jam, jadi mudah untuk masukkan dalam itinerary harian bersama tarikan lain berdekatan seperti Zojoji Temple.
Cara Pergi ke Tokyo Tower
Stesen terdekat adalah Stesen Akabanebashi (Toei Oedo Line) atau Stesen Kamiyacho (Tokyo Metro Hibiya Line), kedua-duanya dalam jarak jalan kaki 5-10 minit. Untuk keluarga atau kumpulan, sewa van persendirian dengan PTJ Travel memudahkan lawatan ke beberapa tarikan dalam satu hari.
Saksikan Tokyo dari Ketinggian yang Bersejarah!
Tokyo Tower membuktikan bahawa keindahan klasik tidak pernah lapuk dek zaman. Pemandangan yang memukau dan sejarah yang kaya menjadikannya destinasi yang sentiasa relevan untuk setiap pelancong.
Nak masukkan Tokyo Tower dalam itinerary percutian anda? Hubungi PTJ Travel sekarang untuk bantuan susun jadual lawatan yang lengkap dan selesa!


